Sunnah Rasulullah SAW

Sunnah Rasulullah saw Dalam Kehidupan

Terdapat banyak sunnah rasulullah jika kita teliti dalam kehidupan harian kita. Pak cik nak bermula dengan cara makan. Nabi Muhammad SAW, menyarankan agar memakai tiga jari dalam apa apa jua makanan. Ini menunjukkan sifat keperibadian seseorang dan merupakann salah satu cara untuk berdoa mendapat sifat kehambaan. Sekiranya makan dengan 5 jari, di namakan rakus, makan dengan 4 jari, namanya tamak, makan dengan 2 jari, namanya sombong dan makan dengan 1 jari, maknanya mencela. Jadi kita pilih sunnah rasulullah, iaitu makan dengan tiga jari.
Sunnah rasulullah dalam kehidupan yang lain adalah cara tidur. Baginda tidur mengiring ke sebelah kanan. Mengapa baginda tidur mengiring ya? Supaya senang nak berjaga malam. Dengan mengiring ke kanan, ia akan melambangkan satu posisi kalimah “Muhammad”. Cuba korang tidur, tangan tu letak bawah pipi, dan korang akan nampak badan korang membentuk perkataan “Muhammad” dalam jawi.

Sunnah Rasulullah saw Dalam Ibadat

Dalam ibadat juga, kita dapat mengikuti sunnah rasulullah saw demi mengikuti jejak baginda. Lihat mengapa sunnah rasulullah memakai serban. Serban ni selain menimbulkan kewarakan, mengikuti jejak nabi, secara sains nya ia dapat merangsang neuron neuron dalam otak. Ini menjadikan kita lebih cerdas. Lihat, bagaimana orang jepun dah pun mengamalkan sunnah rasulullah saw secara tak sengaja. Diorang akan ikat satu kain di kepala jika diorang bekerja keras.
Kita lihat pula bagaimana rasulullah saw berdoa. Caranya khusyuk, tawaduk, bersifat hamba, dan menadah tangan. Jadi, berdoalah dengan menadah tangan, sambil menunduk kebumi, tanda kita ini hamba yang hina.